image

Tok seminak dasan Kundor besusei...

Jadi mun berkenan, sila jak baca nak oh. Mun rasa blog tok nyakit ati, mampah, meraik...dengan segala hormatnya dipersilakan veramvus!

Tuesday, April 19, 2011

Tora datang lagiiiiiiiii!!!!

Duuuuuuunak eh! bukan main gik ku berjanji ngan dirik ku mpun nok molah entri at least sebulan sekali. Sekali tek puuuuut nden belak mata. Kadang2 dah kubukak ku blogger tok, semangat nok molah entri kata dirik mpun. Kakya dah layap kat fb, alu madot. Kakya cerita yang ingin ku cerita alu basik pecoma. Malam tok tek ku gagahkan juak dirik ku naip entri. Masalahnya, gagah ker? auwwwwwwwww! *pisan*

Aok tek, kita tok baruk kak election. Baruklah kataku, wpun dah 5hari berlalu. Dah start sunyek urg kelakar hal election, tp ada juak yang x pandey udah2. Mun agik kelakar benda berkaitan x dahal. Tok sampey ke kelakar kehidupan rutin sehari-hari pun mok dikaitkan ngan election, waima sebesar tungo cerita ya tek. Waima sekda kaitan kadang2. Di sitok aku nok ngucap TAHNIAH kepada semua yang menang, sik kira dari parti ney sekalipun. Bait nya parti timbang kati kah, parti belon udara kah, parti bulan sabit merah kah, waima parti cap ikan belao sekalipun mun nya ada. Bagi aku sik kira sapa menang, yang penting nya menunaikan tanggungjawab berdasarkan amanah yang dah diberik rakyat, dan berlaku adil ngan segenap lapisan rakyat. Mun dah menang ya, tapi kerja sik dipolah, 5tahun akan datang biar Kundor stand k melawan nya, k parti cap Barbie. Jangan lupak ktorg ngundi Kundor masa ya kelak. Manifesto mun Kundor menang, Kundor akan turunkan harga Barbie di Parkson sama harga ngan Barbie jual di Serikin. Boleh?

Yes, ku ngakuk aku urang kerajaan. Bukan kerana aku belom encelang mata kah, belom educated kah, gik maok dibodo kah apakah sekalipun urg ngata. Aku gik masih nyokong kerajaan yang ada kinek tok, kerana aku rasa wakil di kawasan aku nya perform dengan agak baik, keadaan negeri kita knek tok pun agak baik. Aku madah "agak baik" kerana apa2 pun kerja manusia, sentiasa ada ruang untuk pembaikan. Tak gitew? Lainlah ya kerja Tuhan, nanglah nya perfect. Mun ada kekurangan pun dipolah Tuhan, ya adalah untuk menguji insan, dan peringatan kepada yang lain *baca dengan slang arab Ustazah Fatima Az-Zahraa*. Lagikpun, aku belom impressed dengan hasil2 sidak semandin yang berkuasa di beberapa buah negeri di Semenanjung ya. Lebih ke kucar kacir, dari pada terpimpin. Jangankan kata mimpin negeri, dalam parti kedirik mpun ndak ketentuan. Sama-sama sekutu pun sekda persefahaman. Giney gaya? Mun dah terbukti apa yang daknya kata dapat dikota di negeri2 ya, masa ya baruk mata urang encelang kali. Buat masa tok, saya gik masih juaklah ngan pendirian saya, kerana bagi saya, kita di Sarawak xpat ngarap pembangunan secepat negeri lain, kerana negeri kita tok sama besar ngan sigek Semenanjong. Banyak telok pisok. Ney dapat pembangunan nok dijalankan serentak, and maju kinek2. Bagi aku, nya slowly, tp ada nampak walaupun sikit. Urang madah corruption lah apa lah, bagi aku, selagik xda bukti saya xkan nyentoh hal ya. Bukan tugas saya nok ngukum sorang2 ya benar kah nisik, kerana bukti bukan di tangan saya.

Tapi nak, wpun ku madah gia, actually aku berharap keputusan ria adalah 50-50 koh. Maksud aku 50% kerajaan, 50% opposition. Kerana sik ku ngendak, ada kawasan nang menar sik mendapat perhatian wakil rakyat nya. Dari ke masalah kecik, sampey ke masalah besar sik settle2. Janji zaman Nek Roha gik makey kebaya, sampey Nek Roha dah makey kain kapan, agik juak lom madak langsong. Tapi ku muji ada sorang kakak tok, nya ambik inisiatif ambik gambar apa2 yang nya rasa sik puas ati di kawasannya, nya upload lam fb, kakya nya tag ADUN kawasannya. Kita pun tauk n harus ngakuk betapa powerful nya FB knek tok, jd bila dah kenak tag di "khalayak ramai" gia, insyaAllah YB ya akan rasa obliged untuk menunaikan apa yang termampu, and mun nya sik menyelesaikan masalah ya, atau x berjaya mengemukakan alasan MUNASABAH kenak benda ya jadi camya, sooner or later, susut lah kepercayaan urg terhadap kredibilitinya. Jadi sendiri mau ingatlah 5tahun akan dtg. Tak gitew? Minak sigek kak, boleh sik kitak nguna bahasa bagus sikit kat caption n comments gambar ya? Dahsat mulut kitak kak, kalah kamek. Kedak tek kakak ya maca blog tok.

Tapi nak, mun YB sigek2 kawasan ya x melaksanakan tanggungjawab, tapi mun dah urang kawasan ya agik juak ngundi urang yang sama, ndaklah saya pandey madah apa. Maybe wakil lawan x cukup kuat dan meyakinkan. Maybe wakil parti nok sigek ya minak nampak masa minggu berkempen, ataupun dalam sesetengah tempat, jangankan kata lubang idong, poster pun sik nampak. Macam ney nok ngarap urang ngundi kitak bang, mun sik ditauk sapa nok diundi., berjumpa ngan pengundi pun nisik. Macam dalam kehidupan kita juak bah, antara kawan lamak kita yang nang dah ditauk bertahun-tahun, banding ngan kawan baruk dikenal seminggu 2 yg datang ngan macam2 janji kejora dan bintang, sapa yang ktkorg pecayak? Piker dik mpun lah oh,kerana saya pecayak ktkorg tok pemandey belaka.

Maybe juak ada faktor lain, yang perlu ditanyak benar2 ngan daknya mpun, bukan ngekot pendapat peribadi kita. Benda2 gia sik nya dapat makey buah pikiran ngan emosi kita sorang, kerana ya hak masing2. Lagik sigek juak, aku tok sik nyokong benda yang dimonopoli 100%. Nya mesti ada sikit k melawan, k ngubit alus, k nepek manjak, k maluk ngajar kata urg tua. Sak sik khayal, sak sik rasa selesa sampey lupak tanggungjawab ngan rakyat yang udah ngundi, waima ada urang ya turun ngundi minak berpungas muka berkumor k listerine ajak kerana kol8.30 dah ngundi (sapa ndak kah urang ya?). Tapi mun perUBAHan drastik, sik juak ku nyokong. Tsunami lah apa lah. Nang dah sah2 benda nama Tsunami tok merik kesan sik bagus tol sik? Mun nok berubah pun, sikit2 kita berubah. Cepat kita nait, cepat juak kita turun. Berik peluang untuk refleksi kita pun, jangan ingat dirik kita jak betol. Sebab kita sebagai manusia sik diberik Tuhan hak untuk berisik kuasa mutlak. Ya hak Tuhan jak untuk berisik kuasa penoh. Mana2 manusia yang coba untuk berisik kuasa mutlak, sik di dunia, di akhirat Tuhan mbalas. Kita sebagai insan yang percayak dengan wujud nya Tuhan, jgn sesekali lupak hakikat ya. Sbb ya kita diajar dalam Pendidikan Islam Darjah 5 (sekati ku mesen darjah berapa), orang pertama sekali yang akan dihakimi di akhirat kelak adalah pemimpin, dan pemimpin yang zalim dan tidak amanah adalah antara orang yang pertama dihukum. Nauzubillah.

Tapi sigek saya sik rindok ngan election kali tok tek adalah, isu fanatik kepada sigek2 parti. Sidak tok nganok timbang sik balance, sidak tok gik nganok roket x power x dapat terbang tinggi. Kelak ada madah bulan sabit sik terang merik cahaya, kelak ada gik madah si sanok-sanok tok sik layak berkelakar, xda kepimpinan nok jadi ketua darjah. Fine, ada fakta yg betol, and ada fakta yang exaggerated, and ada sekadar dakyah semata-mata. Tapi nak, serasa akulah, kita di Sarawak b4 tok sekdalah berisik perangey suka beraro sama dirik gia. Serasa aku, b4 tok di Sarawak, perbezaan kita maybe minak fahaman politik dan anutan agama, tapi yang lain2 kita sama, iaitu urang Sarawak. Tapi election kali tok, bagey urang nok putus urat geruk berkelaie, nanggar muka sama dirik bersakit ati. Datang ke hari ngundi, dah pandey2 nok molah huru-hara di pusat undi kedak sidak belah nun. Ney sifat harmoni urang Serawak yang kita bangga selamak-lamak tok? Ney adab santun urang Sarawak yang kita dengah ngan urang Semenanjung lamak2 tok? Ney Sarawak A Place Like No Other yang kita war-warkan selamak tok? Sik dapat lagik kah kita berkempen dengan aman? Sik dapat lagik kah kita berpolitik dengan waras? Mestikah kita beramok, beranok, berkerok? Lupakkah kita yang urang yang dianok kita ya maybe mak/bapak kawan kita, maybe adik kakak kita, maybe kawan2 kita, dan nang dah sah-sah saudara senegeri kita? Sedar sik ktkorg, dalam kita berkacoh sama urang Sarawak kedak ya, ada "urang" tersenyum sinis puas ati, berjaya memecah-belahkan kita pun unity? Dolok bukan main kita nganok politik dak Semenanjong tok over lah, banyak unsor x bagus lah, kinek tok kedak ney rupa kita mpun? Mun nang dah politik secara aman sik relevan agik dalam negeri kita kinek tok, ku nok mintak transfer ke Maldives jak. Kerja ngancor aek gula k pelancong.

Cukuplah sengan ya ajak cakap2 politik saya. Kerana saya bukan berkempen nyuroh ktkorg ngundi sesiapa, election pun dah abis, kempen apa jak agik. Sekda juak tujuan nok nyemes sapa-sapa. Tok seminak pendapat 20sen saya, urang jati Sarawak waima bapak ku Tambi, yang sedih nanggar keadaan negeri kita hanya kerana pilihanraya. Melainkan kelak Parti Barbie tek dah ditubohkan, waktu ya mun ktkorg x ngundi saya, saya main santet. Ingat ya, last warning yang pertama dari saya.

Tok sambong cerita tentang kehidupan saya mpun gik. Since previous entri, adalah juak beberapa kejadian bersejarah berlaku dalam idup saya. Ingat gik ktkorg ngan entri ttg nazir datang ke sekolah kmkorg ya? Mun x ingat, pandey2 dirik mpun ktkorg encarik. Nok dijadi cerita, sekolah kmkorg layak nerimak anugerah ya uolllssssssss! Makseh...makseh (feeling2 nerimak anugerah bintang popular). Jadi penat lelah sepanjang tahun lepas, n persediaan masa nazir nok datang ya berbaloi lah. Bergoleng-goleng ke lantey guru besar ku kotan suk nerimak anugerah ya. Apa ganjaran nya? Biar kerani bank yang key-in dalam akaun aku jak tauk. Ktkorg jangan nok poret antap.

Dah nok nama rezeki sekali nya datang berganda, Alhamdulillah saya nerimak dengan tangan terbuka. Tahun tok giliran saya dapat APC. Apa APC? adakah nya Anugerah Pengajar Cantik? adakah nya Anugerah Pendidik Comel? adakah nya Anugerah Pegawai Cerobeh? Ketiga-tiga ya tek nang betol lah, minak definisi tepat nya mengikut Kamus Dewan Kampong Lintang Edisi ke-4, APC bolehlah didefinisikan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Makseh...makseh sekali gik. Siklah saya terlalu ngarap dapat anugerah kedak tok, tapi dah urang merik sikkan saya nok nulak nak? Mun nok kata saya tok sik layak, sikkan urang merik nak (start nya bongkak idong tinggi lebih tinggi dari idong baru Seripah Aini). Retinya usaha selamak tok, adalah urang nanggar, adalah urang menghargai. Tak gitu Cik Saifulina? *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii* Btw, ganjaran untuk APC ada lah sikit, cukuplah k nambah jaguk nyuroh luncit sikit. Sik lamak gik sepasang jaguk kmk 2 Umie Aida. Mun nya jadi jaguk Pian Cecupak, alu berpurdah jak aku kakya.

Kakya tek nak, start dari bulan 3 ya tek, musim aku berkursus dan bermesyuarat. Nang macam2 jak surat nyuroh aku turun ke HQ. Nang bz jak aku turun-nait ke HQ mengalahkan Obama. Paling lamak ada di sekolah, ngak 2 minggu. Kakya travelling gik baru. Bukan sik kesian ngan nemiak yang ditinggal di Amazon, tapi tok pun urusan rasmi juak. Dahlah aku bertugas merepair miak darjah 4 n darjah 5 yang parah ya tahun tok, selalu gik kenak tinggal, makin melarat lah penyakit sidaknya.

Imejin jak ktkorg, last week, suroh molah soalan tolak (subtraction) pun dah lupak. Setengah jam ngajar ngitong atas kertas, dengan harapan daknya dapat recall balit, tapi malang yer, x lepas2. Terpaksa ngajar ngitong basic k jari agik, wpun b4 tok dah pandey ngitong mcm biasa. Jadi soalan ku tek 10 - 7, lalu lah aku tek...

Cikgu Gebu: ok, angkat jari tangan awak.
Nemiak Darjah 4: (Masing2 ngangkat jarik paras muka).
Cikgu Gebu: 2 tangan awak ada berapa jari?
Nemiak Darjah 4: (Belik2 mata nanggar jarik dirik mpun).

Lepas 30 saat....

Cikgu Gebu: hah, berapa jari tangan awak ada?
Nemiak Darjah 4: (agik juak belik2 mata)

Sik kah jiwa lara ko olehnya? nok ku salah daknya sepenuhnya, aku pun sama juak bersalah selalu xda di sekolah. Tapi mun ku nok madah salah aku banyak gilak, lewat juak dah darjah 4 sik tauk ngan jari dirik pun? Tocer palak ku. Rasa nok nangis berekot lari kedak Ziana Zain dalam Maria Mariana.

Ya kesah dalam darjah 4. Dalam Darjah 5 lain cerita. Miak kelas tok dah pandey sikit ngitong, mbak selalu berbunoh ngan aku. Tapi sigek penyakit daktok adalah malas tahap paranormal. Sik kira apa cara ko ngukum sidaknya, sik kira nya dah nangis dut-dut, nang sikit pun sik berbekas dalam utak nya. Tetap kerja rumah ko sik dihantar. 6orang sidak ya, 4org pemalas terok. Giney gaya? serta ada sorang miak ompuan ya...

Cikgu Montok: Eh awak, apahal dalam latihan kat papan hitam tok pandey awak ngira darab, semua betol awak molah. Tapi dalam ujian ria semua salah. Coba awak madah kenak, sik saya nganok. Saya ingin nok tauk, mun ada masalah, dapat saya nolong.
Nemiak Darjah 5: Masa ujian haritu saya rasa malas nok ngira cikgu.

Sungguh ikhlas jawapan ittew. Bisa sekali menusuk jiwa raga. Rasa nok berdoa nyuroh nya ditelan batu belah jak rasa. Apa boleh buat dah berjanji sik nganok nya. Munsik, nang sah2 ada rancangan WWF dalam kelas ya.

Masih dalam kelas darjah 5. Aku nyuroh molah latihan baruk ku berik. 2orang jak ada ngeluar buku latihan, nok 4 orang pemalas ya xda buku atas meja. Ku tanyak ku ney buku daknya 4, sorang madah ilang, sorang madah tinggal di rumah, sorang madah sik tauk siney, sorang diam belik2 x nyaut. Apa gik aku lalu ngeredak ke takat didih, terus ngeluar serabak kedak speaker mahal, ngerepak dalam 10menet, kakya sidak ya ku hukum suroh berekot di padang, kakya berdiri di luar kelas, sambil molah latihan atas kertas kosong. Sakit gilak2 ati ku. Dahlah kita ngenang minggu baru xda di sekolah agik, ngenang sik lamak gik ujian, ngenang daknya belum lepas skill basic. Embak ati ku panas, keluar kelas pun ku xda ngucap terimak kaseh, encocor jak pegi bilit guru.

Dalam bilit guru, nanyaklah sidak apahal ku moha, serabak dapat didengar seluroh alam. Nyambong lah aku ngerepak tek, sambil sidak lain yg ada ngajar darjah 5 pun menyokong madah sidak 4 ya nang selalu x molah kerja n selalu sik mbak buku. Sambil ku ngerepak tek, sambil ku ngemas2 barang dalam laci meja ku. Bukak ku laci no 2, cepat2 ku nutup balit. Aku san. Aku terkesima. Aku terpana. Berdebar-debar jantong ku. Bukak ku balit laci ya tek agik, demi kepastian. Sapa mpun buku latihan Mathematics 4igek tok kah? Aku lalu berenti negerepak. Dalam ati ku berdoa janganlah sidak 4 ya muncol nyekak aku dalam tidor. Oooo kitak 4, maapkan dosa cikgu mu yang sekali-sekala babo ini *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*