image

Tok seminak dasan Kundor besusei...

Jadi mun berkenan, sila jak baca nak oh. Mun rasa blog tok nyakit ati, mampah, meraik...dengan segala hormatnya dipersilakan veramvus!

Friday, July 15, 2011

Aku terlambat kah?

Apa khabar umat sekalian alam? Ada bagus? Kah luarbiasa bagus? Malas nyawa ku nok berblog lamak tok koh. Aku lebih rela tergeley-geley nelungak siling ngadap terpecong, ya pun mun ku x tidor. Kadang2 ada idea nok molah entri, tp angkatan nok ngagak ya nang anton nauzubillah. Bila dah 2-3 hari x diagak, lalu aku rasa idea ya basi, alu madot gia ajak. Gineykah datang sulak angkut ku aritok tang ada rajin. Takut juak nyawa ku disumpah oleh mana2 nok malar mukak page tok, tapi nemu entry zaman lam alip nak. Mintak maap ko nong lamak sik update. Sik ku merik alasan busy kah apa, tok adalah malas semata-mata. Tapi nak, sebenarnya entri tok dah dipolah 3-4hari lepas, tapi sabila ku nok publish, line internet dengan kejamnya telah berpaling tadah. Lalu lah nya diperam sampey gitok ari.

Aok tek nak, mun gik seminggu tok, nang gago lah urang ngan BERSIH 2.0 ya nak. Di blog pun hangat, di Facebook jangan ko kata tahap ngeredak berboeh-boeh nya. Ney kata artikel newspaper, gambar, video youtube lah, nang rencam rupa lah. Mana nok dah sedia asal berseteru, nang bunyi nok mampus bertengkar (kedong Facebook ko pandey keluar bunyi). Mana nok kawan, tapi sik sealiran, dah start molah muka palsu sama dirik. Perlu kah nak? Perlu kah fahaman politik yang berbeza menjadikan kita sik senang sama dirik? Waima banyak yang madah isu BERSIH tok xda kaitan ngan mana2 parti politik, tapi sebenarnya hati dirik mpun xpat dibulak, betol x?

Kundor 2-3 hari lekak peristiwa yang digelar 9711 ya,merati jak apa nok dikata urang dalam fb ya, coba encarik intipati nakpa nok dikacoh urang dalam ya. Kebanyakan nya berunsor emosi dan drama, dari kedua-dua belah pihak (yang menyokong BERSIH dan tidak menyokong). Sebilangan jak yang merik komen yang Kundor rasa benar2 rasional. Rasional pada hemah aku lah, pada hemah ktkorg ndaklah ku tauk ndak. Aku tok bukan manusia jenis suka nyelok haq.

Bagi Kundor, aku nyokong tuntutan BERSIH ya, tapi aku x nyokong cara nya dilaksanakan. X ku medo, nang bagus juak tuntutan nya bah, waima apa yang dinyatakan kedak pengundi hantu, politik wang dan sebagainya, sama ada ya benar kah x berlaku, Wallahualam, mata ku mpun sik nanggar, so aku sik pandey nok madah nang menar ada kah sik. Tapi 8 tuntutan ya nang xda masalah bagi aku. Nya nang banyak membawa kepada kebaikan sekiranya dilaksanakan (sekiranya SPRM tek nang curropt lah bak kata sesetengah urang).

Aku pun maok pilihanraya yang telus dan adil (aku sik madah yang sedia ada tok sik telus/adil, bukan dalam bidang kuasa aku), sik kira lah kalah atau menang urang yang diundi kita. Mun menang, harap nya molah kerja. Mun kalah, terimak hakikat. Jangan nudoh urang lain macam2, ngakal lah, main taik lah. Tanggar pilihanraya kita April lepas, bila BN kalah, xda nya nudoh SPRM ngakal lah, rasuah lah. Banyak juak BN kalah masa ya bah. Tapi bila pembangkang kalah, nang macam2 jak bunyi nganok SPRM. Motip? Kadang2 calon ya tek x giney2 bila kalah, tapi penyokong nya haaaaaarabiiiii, mcm2 kata daknya nganok urang yang x ngundi calon daknya tek. Mata belom encelang lah, masih maok kenak bodo lah, makan rasuah lah. Yes, saya baca status2 dan post2 anda-anda yang menghina itu. Dan saya terasa cercaan anda itu, kerana saya juga ada perasaan, bukan anda seorang sahaja. Dan saya pun warganegara Malaysia, bukan anda seorang sahaja.

Lagik juak tek, sesimple (kellessss cikgu English ko) 1+1 = 5, mun nok menang ya x pandey molah kerja, kali baru janganlah diundi lagik. Mun sapa rasa nya lebih pandey, kau jaklah bertanding. Mun masih juak Si-Sik-Molah-Kerja menang walaupun kerja macam haram, jangan cepat2 nyalah system, nok nyalah SPRM. Sapa nyuroh urang sigek2 kawasan ya masih maok ngundi urang yang sik bagus ya tek? Menar pun diberik duit kopi (katernyer), diberik seratus sorang lalu maok nurut (katenyer). Boleh jak bah duit ya diambik, kakya mangkah urang lain, tol sik? Ya terpulang kepada individu ya mpun bah, antara maok atau nisik, nok ngundi A kah B. Belom gik kira yang ngerepak nang bunyi pembahas sekolah Openg (apa kaitan sekolah Openg kah?), tapi x turun ngundi. Kakya nyalah urang. Aku penah nanggar status urg bila keputusan keluar, “nok yalah nyuroh ku malas turun ngundi tadik, nang tauk kalah bah”. You see what i mean? Kat sia ajak dah rugi sigek undi. Belom kira nok lain yang sik turun. Belom gik ambik kira yang entingal sik mendaftar. Belom gik kira calon lawan nang sik kuat. Belom gik parti ya belom cukup kuat pengaroh. Banyak factor bah mempengaruhi keputusan pilihanraya. Whatever doesn’t go your way, not necessarily going to the wrong way.

Dah melelat ke cerita lain indah aku. Aok tek, sekali lagik saya tegaskan, saya nyokong tuntutan BERSIH, tapi bukan perarakan BERSIH 9711 ya. 1st of all, kenak mesti berhimpun? Mun nok nyerah ngan Yang Dipertuan Agong, Ambiga dah pegi Istana Negara, x boleh kah serah gia ajak? adakah ko meragui YDP Agong, takut nya x melaksanakan nakpa nok diberik kau? Oklah, mun maok juak berhimpun, ekotlah laluan yang betol. Sesetengah urang mempersoalkan, kenak BERSIH 9711 ya digelar perhimpunan haram. Mengikut pemahaman dan pembacaan aku (bukan setakat mainstream media, tp media alternative juak), nya digelar perhimpunan haram kerana x ada permit. Nya x diberik permit kerana pertubuhan ya x berdaftar secara sah. Sapakah nama polis nok selalu keluar TV ya ku lupak nama (yang penting namanya bukan Inspektor Aliza), nya madah sekiranya perhimpunan ya dibuat atas nama BERSIH, permit x akan dikeluarkan kerana pertubuhan ya x berdaftar. Sekiranya permit dipohon atas nama NGO sah yang lain, daknya akan merik permit. Tapi Ambiga madah apa dalam MalaysiaKini? Yang Dipertuan Agong dah merik perkenan, apa guna permit. Macam mana tu Mala? Sedangkan dah dalam undang2, mun nok molah perhimpunan beramai-ramai nang mesti mintak permit, waima dah diperkenan, kerana Raja kita Raja Berperlembagaan, tetap tertakluk dengan undang2. Simple jak nak? Sapa yang degil? Sedangkan nok molah majlis bergendang kah, nok molah perkhemahan di sekolah gik perlu mintak permit ngan polis. Apatah gik perhimpunan besar-besaran mcm ya. Jadi bila dah dipolah tanpa permit, perhimpunan haram lah namanya.

Pasya dah dipadah, permit akan diberik untuk perhimpunan di Stadium Merdeka. Dan aku ada maca headline newspaper, DS Najib ada madah “pergi-berhimpun-balik”. Boleh jak nak, sak sik ngaco traffic dan aktiviti seharian urang lain yang sik terlibat. Tapi kenak masih juak mok berlarak beberapa tempat menuju Stadium Negara? Then, bila x dapat permit, nyalah polis n kerajaan. Diberik laluan yang betol, x maok ngekot. Mun nemiak di sekolah engkar kata cikgu, pandey kita nganok. Bila dah maok juak berlarak, of course lah polis akan nutup laluan n jalan. Kakya polis gik dianok, dikata bodo sbb nutup jalan. Giney gaya ko berlarak pasya jalan ditandah kenderaan lalu lalang? Jong2 ko dipirit kereta. Sedangkan nemiak jogathon, sidak Jom Heboh apa indah gik polis nutup jeraya. KL ya xda urang berlarak gik nya jem-stroberi-jem-nanas, apatah gik ada urang berlarak. Imejin ko mpun mun jalan sik ditutup.

Pasya nang dah kita sedia maklum, sabila ada perhimpunan haram b4 tok, polis akan menyuraikan dengan water-canon n tear gas. Jadi bila ko pergi juak perhimpunan yang dilarang, kenak pancit aek n tear gas, kenak masih nyalah polis, sedangkan benda ya nang terang lagi bersuluh lampu stadium. Kita ambik kesah monyet di-warning oleh kancil jangan makan cabik, tapi masih entingal. Dah nya berangat, salah kancil kah? Salah cabik kah? Sendiri mau ingat lah. dan jangan twist statement aku, madah aku menyamakan urg berlarak ya ngan monyet. NO! ya adalah contoh aku ajak. *Untuk yang dah meninggal ya, aku sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Nya ada komplikasi jantung menurut pembacaan aku (read here,.tapi bahasa nya tok kasar lah, ku sik suka). Tapi nok kes menipu kematian ya (read here)? Nok eserey-monz-tes-tes madah dirusah polis ya? Ya kita tunggu hasil siasatan yer.

But yes, aku sik setuju dengan sesetengah polis yang main terajang, main rusah ya. Boleh jak mun ada peserta rally yg provoke police (jangan deny ada urang provoke, mustahil xda. Kerana aku ada nanggar dlm berita urang nikam barang, cth: botol aek mineral), ko tangkap jak nak (since ya tek perhimpunan haram), perlukah berkincah? Perlukah ngeso koat, ngeso power dengan merusah urang? Tapi sik semua polis masa ya macam ya, ada juak yang dalam gambar bila bersurai, bersalam ngan peserta rally. Ada juak video yang ku nanggar certain polis tok menyuraikan orang berkumpul dengan berhemah. Dan sik juak daknya nangkap sebarang, mun sik kenak provoke. Sbb ya 700++ ajak yang kenak tangkap, bukan KESEMUA peserta rally. Dan ada yang kenak tangkap ya, urang yang mengedarkan, membawa, menyimpan (menggunakan???) merchandise BERSIH. Dah dipadah sik boleh berisik barang ya, dan masih engkar, kenak tangkap, urang gik salah nak? Sayang pemandey tinggi. Mun dah semua polis tek jaik di mata kau, dikata ko bodo lah, violent lah, corrupt lah, lain kali mun ada kemalangan, kecurian, kes2 jenayah lain...jangan ko ngontek polis. Carik ko posmen kah, kerani kah, kakak ngancor aek di opis kah. Dah semua polis x dapat dipercayak kata ko tek nak?

Dahya tek nak, selagik ada mainstream media tek kenak kutuk, kerana dikata biased. And alternative media lebih telus and adil tek nak, simply because they lean more to the other side. And wartawan TV3 yg melaporkan rally ya tek kenak sumpah macam2 dalam fb. Nya molah kerjanya kan? Melaporkan on his point of view kan? Kata tek menuntut kebebasan bersuara, tapi kenak bila urang bersuara against your will, macam2 kutukan-cercaan-cacimaki dilontarkan? As much as korasa ko ada hak bersuara, gia juak urang lain. Betol sik? Dan ko sik suka pendapat ko kenak deny urang lain, gia juak urang lain ngan pendapat nya. Betol sik? Dan korasa urang sik dapat nanggar your point of view sebagai yang "paling betol dan rasional", gia juak kau terhadap point of view urang lain yg sik sependapat ngan kau. Betol sik?

Tapi nak, cara issue BERSIH tok di-handle agak menyedihkan lah. Seolah-olah BERSIH 9711 tok was taken for granted. As if x percayak rakyat benar2 maok polah. As if, bila dah berlaku, baruk nok kamboh. Dan bukan nya menyelesaikan apa punca tuntutan tok dipolah, sehingga mengakibatkan terjadinya rally tok tek. Gago fingerpointing sia sitok. Cara menteri ya menjawab soalan host Al-Jazeera ya nang mengarutlah (video bleh tanggar sitok). Instead of nya menjelaskan keadaan sebenar, ngambik peluang ya untuk clear the after-effect, adakah pulang ke nya tek ngentam Al-Jazeera. Dahlah terkapak-kapak, English dipakeynya tang susah difaham. Nya sepatutnya bertenang n professional masa handle interview ya, bukannya emosi. Haish, dahlah pandangan dunia luar dah jaik ngan kita, di”lazat”kan lagik dgn jawapan yg ntah jawapan-kah-ngereco mcm ya. Dan denial ttg bbrapa perkara seperti kekasaran ya, mcm mangkong palak dirik mpun lah kurasa, kerana benda ya sah-sah ada video.

Jadi kesimpulan nya tek, waima niat tuntutan BERSIH ya bagus, sik semestinya apa jak cara boleh diguna. Niat tidak menghalalkan cara kata ustazah ku marek. Perhimpunan/Rally mcm tok, waima niat awal nya tek secara aman, tapi nok nama manusia, hati kita tok sik sama. Dalam kita rami-rami ya, bila dah terlebih emosi, dah terlebih semangat, syaitan senang masok jarum. Benda yang pada asalnya aman boleh jadi rusuhan. As much as kerajaan ada agenda nya, pembangkang pun ada agenda nya mpun. Bulaklah mun madah dipolah atas hati yang ikhlas luhur suci murni pemeringakatan dua kali. Jangan kita terekot-ekot ngan negara lain, demo urang demo juak kita, tunjuk perasaan urang tunjuk perasaan juak kita. Tapi sik tauk ujong-pun. Ko tek nang ada dudok meeting sama ngan Ambiga? Ntah2 lekak rally ya Kak Ambi ngan Kak Ros sama-sama dudok ngoci kah, nyireh kah, kita rakyat tok jak berseteru ndak abis2. Kerana nang dah sah terbukti negara2 yg gago berdemonstrasi, gago nok menggulingkan kerajaan lah apalah x nemu penghujung yang bahagia. Yes, there’s (might be) something wrong with the current situation of our government, but don't react as if everything is wrong. We don't have everything, but yet we have quite a lot. Sik perlu lah kita emosi gilak seolah-olah kita tok nang merempat. Bagi yang beragama Islam, kita ada diajar wasatiah dalam kehidupan. Bagi yang sik tauk, wasatiah tok bermaksud kesederhanaan. Jadi apa pun yang berlaku, apa pun tindakan kita, bersederhanalah. Jangan ambik tindakan yang kata kita urg serawak sebagai loba atau overreacting.

Entri tok pendapat peribadi aku, luahan hati aku yang sedih nangar current situation negara kita. Bukan untuk provoke sesiapa, bukan menghentam mana-mana individu dan bukan untuk mengecam mana-mana pihak (kerajaan ataupun pembangkang mahupun polis) dan bukan juak untuk deny pendapat urang lain. You have the rights to what you feel and think right, and so do I. I’m not selling my ideas to anybody, and neither being persuasive. Moreover, people these days only believe what they choose to believe. Ko padah giney pun, ko berus giney pun, mun dah katanya sik nengar, nan hado lah nak. This is merely my thought (based on my readings n youtube-ing) n what I feel. Not supporting the rally, doesn’t mean I don’t love peace n unity and most of all my country. Dan menyokong tuntutan BERSIH, sik bermakna aku membelakangkan kerajaan. I love Malaysia as our country, as much as you do. Mun kita sik sayang negara kita mpun, sapa gik nak? gittewwww.

3 comments:

Dk Suhaila said...

helo there..found this blog from matt ashkeroth's..i think he did recommend me to read ur blog..So..here I am..your new blog reader and a fan..hehe..lawak juak blog tok..d sebalik idea yg bernas..hik..see you again..n again..n again..hehe..

kukumalu said...

benar kata drk.sik semua polis tok jaik. tp yg paling kmk sedih bila parents ngajar anak2 dr kecik bencik ngan polis.masa tok kita sik merlu polis, satu ari kelak, mun dah kita sontok sandat, polis jak ada... nah gine gaya ko nak bencik.

Kunduran said...

Dk Suhaila: terimak kaseh kerana sudi singgah oi. rajin2 lah singgah selalu k, walapun jarang update. haha.

kukumalu: nak owh. parents kedak ya perlu dipancit makey water canon. nama gik kita manusia, sik semua bait, sik semua jaik, sik semua kacak kedak Kundor. *larrrriiiiiiiiii*