image

Tok seminak dasan Kundor besusei...

Jadi mun berkenan, sila jak baca nak oh. Mun rasa blog tok nyakit ati, mampah, meraik...dengan segala hormatnya dipersilakan veramvus!

Wednesday, September 1, 2010

Ku Sumpah Kau Jadi Tudong Lemenet!!!

Propa sik propa tajuk entri kali tok? Sekda kaitan ngan jalan hidup aku ok. Tapi baca kitakorang kesah tok, oleh ku dapat dari Harian Metro dated 31 Aug 2010. Kompom kitakorang nyumpah manusia tok jadi ceri atas biskut sempret. sekian.

Setin biskut buat ibu ayah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/31

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu. Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku. Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit. Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah. “Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya."

8 comments:

saytunt yang fabulous said...

nang ketulahan...antoo kubor punya anak

erinulat said...

Sedih maca awal pepagi butak tok. Hm..

Asphyxia said...

Nang kurang ajar nak mampos kutaesku palaknya sak luguk kelak boknya tauk. Cheh! Sik dahal sik dahal, what goes around comes around bah, munnya jaik ngan makbapak kedakya, satu hari anaknya mpun molahnya cemya juak kelak. Tangga jak kelak. Makbapak dapat nyaga sampey berbelas2 urang anak waima rumah nggak sigek bilit, tapi anak sakit mok nyaga makbapak waima rumahnya berbelas2 igek bilit. Nait darahku maca artikel tok kundor, dahla darahku dari marek nang dah nait lom turun2 gik tok, bila2 ku boleh meletup tok, nahan ati jak aku masa tok. Sikit jak lagik urg ngesak ati aku alu ngamokku kaktok kalik.

nurul_oon said...

anak kedak tok lah harus disumpah mak bapak jadi batu

BB' L@uRa said...

ada juak org kedak tok...

James Kabaq said...

Aeeee... mek dah ready excercise mulut n pipi mek k tetak tek.

cek-cek panjang jungo mek arum bulak boleh k nyangkut henga kayu luar jeans levi's gara2 sak ati n geram gilak ngan anak durhaka ya.

Sumpah jak nya jd slepar, sak nya dipijak-pijak. mun sik pun pake ninjak taik eh....

Anonymous said...

ee.. jumpa kat sini :)-kak zila

Khairul Onggon said...

Assalamualaikum.. Di kesempatan ini, saya Kaljis aka Khairul Onggon dari hati yang tulus ikhlas ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Selamat beraya dan selamat bercuti ;)